PETALING JAYA: Jawatankuasa Bebas (IIC) mengesahkan siasatan berhubung isu dokumentasi membabitkan tujuh pemain warisan tidak berjaya mengenal pasti secara muktamad individu yang bertanggungjawab memalsukan dokumen berkenaan. Kegagalan berpunca daripada beberapa kekangan sepanjang siasatan dijalankan, sekali gus menyukarkan usaha merungkai punca sebenar yang mencalarkan imej bola sepak negara itu di mata dunia. Dalam laporan setebal 59 muka surat itu, jawatankuasa berkenaan yang ditubuhkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berdepan kesukaran apabila…










