LONDON: Kemenangan 2-1 Arsenal ke atas Wolves dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam tidak mampu menutup rasa tidak puas hati pengendali The Gunners, Mikel Arteta yang menyifatkan pemain terlalu pasif. Arsenal seakan mendapat tuah apabila dua gol sendiri Wolves menghadiahkan tiga mata penuh, termasuk jaringan dramatik pada minit ke-94, namun Arteta jelas tidak terhibur dengan cara pasukannya hampir mensia-siakan kelebihan itu. Gol penyamaan Wolves pada minit ke-90 hasil tandukan…










