PETALING JAYA: Harapan skuad badminton lelaki negara untuk menamatkan badi 20 tahun dalam acara berpasukan terus terkubur apabila tunduk 0-3 kepada seteru tradisi, Indonesia pada final Sukan SEA di Gimnasium Thammasat Rangsit, kelmarin. Kekalahan itu sekali lagi menekankan kelemahan skuad negara dalam menghadapi lawan yang lebih agresif, apabila Malaysia tewas empat kali daripada lima final terakhir kepada Indonesia sejak 2017. Bekas legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek menegaskan persembahan skuad…










