MIAMI: Pemain No.1 dunia dari Thailand, Jeeno Thitikul mencatat sejarah sekali lagi apabila menjuarai Kejohanan Jelajah LPGA buat kali kedua berturut-turut. Thitikul cemerlang menewaskan rakan senegaranya, Pajaree Anannarukarn dengan kelebihan empat pukulan di Tiburon Golf Club, Naples, Florida, semalam. Thitikul menamatkan 72 lubang dengan catatan 26 bawah par 262 selepas mencatat empat bawah par 68 pada pusingan akhir, membawa pulang hadiah wang terkumpul terbesar dalam golf wanita iaitu AS$4 juta…










