PETALING JAYA: Bekas legenda beregu kebangsaan, Datuk Razif Sidek menyifatkan kejatuhan prestasi pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berpunca daripada kurangnya cabaran dalam sesi latihan. Beliau berkata, aspek fizikal dan ketahanan menjadi punca utama kelemahan mereka terutama ketika berdepan aksi sengit di hujung permainan. “Secara taktikal mereka bagus, tetapi bila masuk bab penyudah, nampak kurang tajam. “Itu datang daripada fizikal. Kalau latihan tak cukup mencabar, sukar nak…










