Slot tolak dakwaan Wenger

Slot tolak dakwaan Wenger

Florian Wirtz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Arne Slot menepis kritikan Arsene Wenger bahawa pembelian 116 juta pound (RM634 juta) Florian Wirtz pada musim panas lalu telah ‘memusnahkan’ pasukan Reds.

Wirtz yang direkrut dari Bayer Leverkusen itu menjadi pemain paling mahal dalam sejarah perpindahan British ketika itu, namun prestasinya masih menjadi perhatian selepas 15 penampilan pertama tanpa sebarang gol dan hanya tiga bantuan jaringan.

Wenger menegur Slot kerana menukar formasi tengah sedia ada yang dianggotai Ryan Gravenberch, Alexis Mac Allister dan Dominik Szoboszlai demi menempatkan Wirtz, sekali gus merosakkan keserasian pasukan.

“Jika anda lihat perlawanan menentang Aston Villa, mereka kembali kepada formasi tengah asal tahun lepas. Menentang Real Madrid, Wirtz bermain di sayap kerana pengurus tidak mahu mengganggu formasi tengah,” kata Wenger.

Namun Slot menegaskan beliau yakin dengan kemampuan Wirtz untuk beraksi sebagai No.10 dan menegaskan beliau tidak mahu terlalu mempedulikan kritikan luar.

“Setiap orang berhak dengan pendapat masing-masing. Dalam bola sepak, semua orang tahu apa yang terbaik, tapi itu juga yang menarik.

“Liverpool mempunyai lima atau enam pemain tengah yang bagus dan mereka perlu bermain bersama lebih kerap untuk memaksimumkan potensi masing-masing. Florian masih menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan, tetapi dia boleh tampil cemerlang sebagai pemain tengah.

“Fokus saya lebih kepada prestasi pasukan. Jika bukan musim ini, mungkin musim depan atau seterusnya, Florian akan menunjukkan prestasi hebat untuk Liverpool,” kata Slot. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN