SHENZHEN: Perenang muda China, Yu Zidi, mencipta sejarah luar biasa apabila memecahkan rekod Asia dalam acara 200 meter rampaian individu pada kejohanan kebangsaan, hanya sebulan selepas menyambut ulang tahun ke-13. Perenang dari wilayah Hebei itu, mencatat masa 2 minit 07.41 saat (s), sekali gus memadam rekod lama milik Ye Shiwen, yang merekodkan 2:07.57s ketika meraih pingat emas di Sukan Olimpik London 2012 pada usia 16 tahun. Dalam perlumbaan di Shenzhen,…










