KUALA LUMPUR: Hasrat ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong untuk mempertahankan emas acara 10 meter (m) platform wanita tidak kesampaian apabila sekadar meraih pingat perak pada Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam. Penerjun kelahiran Sarawak itu terpaksa akur apabila wakil Atlet Neutral (NAB), Ekaterina Beliaeva tampil cemerlang untuk muncul juara dengan catatan 252.20 mata. Pandelela, yang beraksi dengan penuh berhati-hati pada setiap terjunan, menamatkan saingan…










