Norris raih petak utama GP Las Vegas

Norris raih petak utama GP Las Vegas

Pemandu pasukan McLaren, Lando Norris melakukan hentian pit dalam ssi kelayakan Grand Prix Las Vegas di Nevada, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS: Lando Norris meneruskan usahanya memburu gelaran sulung Formula Satu apabila meraih petak utama ketiganya berturut-turut di Grand Prix Las Vegas, semalam.

Pemandu McLaren dari Britain itu yang melonjak mendahului kejuaraan pemandu dengan kelebihan 24 mata selepas kemenangan di Brazil dan Mexico, mencatat masa terpantas satu minit 47.934 saat dalam perlumbaan yang menyajikan aksi berisiko dan berbahaya.

Juara dunia Red Bull, Max Verstappen pula mencatat masa kedua terpantas dengan 1 minit 48.257 saat manakala pemandu Williams, Carlos Sainz di tempat ketiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Saingan utama Norris dalam perebutan gelaran yang juga rakan sepasukan McLaren, Oscar Piastri akan bermula di petak kelima selepas ketinggalan lebih satu saat.

Dalam keadaan litar jalanan Sin City yang basah, pemandu berusia 26 tahun itu menghasilkan satu pusingan pantas yang mengagumkan untuk merampas petak utama dengan tiga sektor yang sangat laju.

“Itu (perlumbaan) sangat menegangkan dan gila. Saya rasa beberapa sektor pertama sudah bagus, tetapi ia sangat licin. Sebaik sahaja anda terkena bonggol sedikit seperti saya, kereta terus terbabas ke satu arah kemudian ke arah lain, hampir menghentam dinding..

“Jadi bukan keadaan yang paling baik. Tetapi saya gembira hujan berhenti dan kami dapat melakukan kelayakan yang baik,” kata Norris.

Norris, yang kelihatan berhati-hati dalam latihan terakhir kelmarin apabila menamatkan sesi di tempat terakhir, berkata dia tidak menjangka hujan semasa kelayakan.

Pelumba Red Bull, Verstappen berkata, walaupun dia lazimnya selesa memandu dalam keadaan basah, gabungan permulaaan litar Las Vegas yang licin dan hujan menjadikan keadaan amat mencabar.

“Ia tidak menyeronokkan, itu yang boleh saya katakan,” kata pelumba Belanda itu.

Sementara juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton, akan memulakan perlumbaan hari ini di petak paling belakang selepas menamatkan sesi kelayakan di tempat terakhir bersama Ferrari. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini