Norris di ambang juara dunia F1

Norris di ambang juara dunia F1

Lando Norris
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRAZIL: Lando Norris semakin hampir menjuarai gelaran dunia Formula 1 pertamanya selepas prestasi cemerlang di dua perlumbaan terakhir di Mexico dan Brazil.

Dengan kelebihan 24 mata di depan rakan sepasukan, Oscar Piastri, dalam kempen kejuaraan pemandu, Norris kini hanya perlu mengekalkan konsistensi untuk mengesahkan kejuaraan.

Norris, yang pernah mencatat keputusan mengecewakan pada Grand Prix Sao Paulo 2024 tahun lalu, kini tampil lebih matang dan yakin.

Namun, pelumba McLaren itu tidak mudah berpuas hati meskipun kelebihan dalam kedudukan mata. Beliau bertegas masih banyak perjalanan untuk ditempuh.

“Saya datang ke setiap perlumbaan untuk menang dan kumpul mata maksimum. Ini bukan titik perubahan tapi keputusan kukuh yang saya perlu,” kata Norris.

Pusingan seterusnya di Las Vegas dijangka lebih mencabar memandangkan kelebihan yang dimiliki oleh Mercedes dan Red Bull di litar berkenaan.

Namun, dengan semangat juang tinggi dan pendekatan yang tepat, Norris berpeluang besar menamatkan musim dengan kejayaan gemilang. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN