PETALING JAYA: Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak mengesahkan kecederaan yang dialami Go Pei Kee semakin serius dan menjejaskan peluangnya untuk beraksi di Kejohanan Badminton Kumamoto Masters, Jepun pada 11 November ini. Menurut Rosman, pemain berusia 23 tahun itu mula mengalami kesakitan sejak minggu lalu dan keadaannya semakin teruk selepas aksi suku akhir di Terbuka Hylo di Jerman kelmarin. “Ya, kecederaan minggu lalu, semalam (Khamis) dan hari ini tidak…










