Kalau tiada sasaran, susah raih pingat emas

Kalau tiada sasaran, susah raih pingat emas

Watson Nyambek
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketiadaan sasaran khusus kem negara boleh menjejaskan persediaan atlet dalam usaha meraih pingat di Sukan SEA 2025 yang akan membuka tirai kurang dari sebulan.

Bekas raja pecut, Watson Nyambek melahirkan kebimbangan terhadap ketiadaan sasaran pingat emas yang jelas akan menyukarkan atlet olahraga menjelang temasya kali ini.

“Kalau tiada persiapan yang spesifik, memang susah kita nak menang pingat emas,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Beliau turut mengakui saingan semakin sengit dengan peningkatan prestasi negara jiran seperti Thailand, Singapura dan Indonesia.

“Negara jiran kita pun dah bersedia macam Thailand dengan Singapura, Indonesia pun sudah menunjukkan peningkatan,” katanya.

Watson yang dikenali dengan julukan The Flying Dayak pada zamannya menyatakan Malaysia sepatutnya meletakkan sasaran realistik yang mampu dicapai oleh atlet.

“Pada pandangan saya, emas saya rasa dalam enam ke tujuh. Ya, itu pun banyak saingan dari negera negara lain, macam Thailand dengan Singapura.

“Sekarang Singapura pun tengah naik. Jadi Malaysia mengharapkan kalau kalau 10 pingat sudah memadai.

Bekas atlet berpengalaman itu juga menyentuh mengenai kepentingan sasaran spesifik bagi setiap atlet.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan sasaran pingat skuad olahraga negara ke Sukan SEA Bangkok bulan depan terus menjadi teka-teki apabila Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Karim Ibrahim, enggan mendedahkan angka sebenar malah menegaskan segala unjuran hanya akan diumumkan selepas ‘gambaran penuh’ prestasi atlet diperoleh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN