PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya perlu melakar kemenangan besar ke atas Nepal dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 18 November ini. Legenda bola sepak negara, Datuk Hassan Sani berkata, kemenangan besar itu penting bagi membina momentum sebelum Malaysia menutup aksi kelayakan berdepan Vietnam pada Mac tahun depan. Beliau berkata, isu membabitkan tujuh pemain warisan yang digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) perlu diketepikan…

								
											








