MANCHESTER: Pep Guardiola menyifatkan pertembungan menentang Liverpool awal pagi Isnin ini sebagai lawan sempurna bagi menandakan aksi ke-1,000 beliau dalam karier kejurulatihan. Guardiola mengakui jika diberi pilihan, beliau memang mahu berdepan The Reds untuk menandakan detik bersejarah tersebut kerana persaingan sengit antara kedua-dua pasukan selama ini. “Liverpool adalah pesaing terbesar di negara ini dan sejujurnya saya rasa tiada yang lebih baik daripada itu. “Saya rasa kami mendorong Liverpool untuk jadi…










