LEBIH dua dekad dalam bola sepak profesional menjadikan Farizal Marlias antara penjaga gol paling berpengaruh dalam sejarah moden Malaysia. Beliau yang turut mesra disapa Mail sudah mewakili skuad kebangsaan lebih 50 perlawanan antarabangsa dan terus menjadi contoh buat generasi baharu. Begitupun disebalik perjalanan penuh gemilang dengan semua koleksi kejuaraan ditawarkan dalam saingan Liga Malaysia telah berjaya dimiliki namun tahun 2017 menjadi detik hitam dalam kerjayanya sebagai pemain bola sepak profesional.…










