Cedera pinggang ganggu fokus Syafiq

Cedera pinggang ganggu fokus Syafiq

Muhammad Syafiq Puteh (kanan) dan pasangannya, Enrique Maccartney Harold-Elvis Priestley Clement melakukan terjunan dalam acara 10 meter platform seirama dalam Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia 2025 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerjun berpengalaman negara, Muhammad Syafiq Puteh mendedahkan kecederaan pinggang yang dialaminya sejak dua minggu lalu menjadi antara punca utama dia terlepas emas pada Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia 2025, kelmarin.

Syafiq yang mendahului lima pusingan awal dalam acara 3 meter (m) papan anjal lelaki terpaksa akur di tangga kedua selepas dipintas atlet Rusia, Gennaddi Fokin pada terjunan terakhir.

“Setakat ini semuanya berjalan baik, cuma dua minggu sebelum kejohanan saya alami sedikit kecederaan di bahagian pinggang ketika latihan.

“Kecederaan itu tidak serius, tetapi masih terasa sakit. Sekarang saya hanya pulih dalam 60 peratus dan terpaksa tahan sikit untuk habiskan kejohanan,” katanya selepas saingan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Syafiq yang mengutip 362.95 mata untuk meraih perak berkata, gangguan fizikal itu sedikit sebanyak menjejaskan fokus dan keyakinannya ketika melakukan terjunan kelima.

Katanya, walaupun kecewa, dia tetap berpuas hati dengan peningkatan prestasi berbanding pusingan awal dan berazam untuk pulih sepenuhnya menjelang Sukan SEA Thailand hujung tahun ini.

“Untuk Sukan SEA nanti, saya kena lebih jaga rawatan fisioterapi. Kalau tidak aga rawatan, mungkin kecederaan ini beri kesan kepada prestasi,” ujarnya.

Syafiq dijadual menyertai kem latihan selama dua minggu di Korea Selatan bulan ini sebagai persiapan akhir sebelum menyertai kontinjen negara ke Bangkok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×