Adik, abang cipta sejarah MotoGP

Adik, abang cipta sejarah MotoGP

Marc Marquez bakal mencipta sejarah bersama adiknya, Alex Marquez untuk kedudukan satu dan dua Kejuaraan Motosikal Dunia 2025. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Pelumba MotoGP Sepanyol, Alex dan Marc Marquez bakal mencipta sejarah apabila adik-beradik itu menamatkan musim Kejuaraan Dunia MotoGP 2025 di kedudukan satu dan dua keseluruhan.

Walaupun juara dunia sembilan kali, Marc diketepikan akibat kecederaan, Alex tampil luar biasa apabila memenangi Grand Prix Malaysia, sekali gus menobatkan keluarga

Marquez sebagai pasangan adik-beradik pertama mendominasi dua tangga teratas dunia.

“Ia ganjaran untuk kerja keras dan, lebih penting, semangat serta sikap keluarga kecil kami yang sentiasa memberikan segala-galanya supaya dua anak lelaki mereka mampu mencapai impian.

“Keghairahan, itulah perkataan yang tepat untuk menggambarkan apa yang keluarga saya rasai.

“Tahun ini benar-benar bersejarah. Dalam 76 tahun Kejohanan Dunia, perkara ini belum pernah berlaku.

“Walaupun saya di tempat kedua, saya rasa seolah-olah saya telah menang. Dapat berkongsi detik ini dengan abang sendiri itu lebih bermakna daripada gelaran juara,” katanya.

Pelumba Gresini Racing itu turut menyifatkan pencapaian mereka sebagai “hadiah terbaik buat ibu bapa” yang sentiasa berkorban tanpa mengenal penat.

“Kami cuma dua budak dari Cervera, sebuah bandar kecil dengan 8,000 penduduk, dan kini menamatkan musim sebagai nombor satu dan dua dunia. Dalam dunia perlumbaan motosikal, itu sesuatu yang luar biasa.

“Semuanya dilakukan oleh ibu bapa kami, tiada cuti, tiada rehat. Mereka habiskan hidup mereka untuk memastikan kami boleh menunggang dan berlatih.Kemenangan ini adalah cara terbaik untuk berterima kasih kepada mereka,” ujarnya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN