Tidak adil hanya Noor Azman pikul tanggungjawab

Tidak adil hanya Noor Azman pikul tanggungjawab

Noor Azman Rahman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggantung tugas setiausaha agungnya, Datuk Noor Azman Rahman dianggap berat sebelah malah bukan penyelesaian tepat berhubung status tujuh pemain kacukan Harimau Malaya.

Pandangan itu disuarakan oleh pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli yang menegaskan, banyak pihak perlu bertanggungjawab dalam isu tujuh pemain warisan Harimau Malaya itu.

“Tak adil sebab yang uruskan pasukan kebangsaan entiti berbeza. FAM tak boleh campur tangan pun dan FAM ini lebih kepada sekretariat. Uruskan hal-hal surat menyurat. Jadi, dalam konteks ini, semua pihak kena bertanggungjawab.

“Bukan FAM saja kena tanggungjawab. Kita tahu bukan FAM yang pilih pemain, ini semua seolah-olah salah FAM. FAM yang sediakan dokumen, tidak. Macam mana FAM nak sediakan dokumen sedangkan FAM tak tahu siapa pemain itu,” katanya.

Kelmarin, FAM menggantung tugas Noor Azman tugas serta-merta susulan siasatan membabitkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung status tujuh pemain kacukan Harimau Malaya.

Sebelum ini, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mendedahkan butiran penuh berhubung keputusan menghukum FAM dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel selepas mendapati wujud ketidakselarasan dalam dokumen asal pendaftaran pemain.

Menurut laporan rasmi bertajuk “Notification of the Grounds of the Decision” bertarikh 6 Oktober 2025, Jawatankuasa Tatatertib FIFA menjelaskan bahawa hukuman itu dikenakan berdasarkan pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA yang membabitkan isu pemalsuan dan pengubahan dokumen rasmi.

Susulan itu, FIFA mengenakan denda CHF350,000 (RM1.8 juta) terhadap FAM, manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (RM10,000) dan digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×