Sukan perpaduan tumpuan Belanjawan 2026

Sukan perpaduan tumpuan Belanjawan 2026

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sukan perpaduan bakal mendapat tumpuan khas daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjelang pembentangan Belanjawan 2026 pada hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, KBS telah mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Kewangan dengan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah yang mahu sukan dijadikan medium perpaduan umat di negara ini.

“Mereka bagi contoh badminton, di mana semua meraikan sukan badminton. Jadi, kita sedang mencari sukan-sukan yang boleh mempromosikan perpaduan. Jadi, saya tahu sukan yang menyatukan perpaduan, yang itu Kementerian Kewangan akan bagi kita dana,” katanya.

Bagaimanapun, Hannah menjelaskan sukan perpaduan tersebut tidak mendapat peruntukan khas sebaliknya KBS akan memberi tumpuan serta sokongan kepada sukan yang berpotensi menyatukan rakyat.

“Apabila duit sampai kepada kita, kita kena agihkan dan saya bagi contoh, tahun ini bagaimana kita agihkan peruntukan untuk klinik, kelas, kita cari sukan-sukan mudah diakses oleh rakyat. Jadi, itu adalah tanggungjawab KBS,” katanya lagi.

Hannah turut berharap agar program sedia ada seperti Geran Padanan Sukan, Dana Sukan Komuniti dan Rakan Muda dapat dikekalkan peruntukkan bagi membantu golongan belia melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

“Seperti yang saya nyatakan, bila kita tengok masalah sosial belia, kita temubual mereka yang ambil dadah, semua mula ambil dadah kerana rasa nak cuba.

“Jadi, saya nak kita transformasikan rasa nak cuba ini kepada perkara yang positif, bagi mereka cuba sukan. Kalau mereka tak ada orang ajar, tak ada bagi peluang, klinik macam ini, mungkin mereka tak akan main sepak takraw,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN