LONDON: Bekas pertahanan England, Rio Ferdinand mendakwa pengendali Liverpool, Arne Slot terlalu banyak alasan dan memberi penjelasan tidak munasabah berkaitan kemerosotan prestasi The Reds. Slot sebelum ini mengakui Liverpool bergelut apabila berdepan pasukan yang bermain secara terus dan banyak menggunakan hantaran tinggi, selain tewas dalam perebutan bola kedua. Pasukan itu kini mengalami kejatuhan mendadak selepas tewas empat perlawanan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), menyaksikan mereka jatuh dari tangga teratas…










