PETALING JAYA: Ketua jurulatih ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki negara, Nik Safuan Ismade Nik Man mensasar lapan pasukan terbaik dalam Siri Kejohanan Ragbi Asia 7s edisi kedua di Colombo, Sri Lanka bermula hari ini. Nik Safuan berkata, sasaran itu ditetapkan kepada pemainnya agar mereka dapat terus mengambil bahagian dalam kejohanan itu pada tahun hadapan selepas menamatkan saingan edisi pertama di kedudukan keenam pada bulan lalu dekat Hangzhou, China. Katanya lagi,…