BARCELONA: Paris Saint-Germain (PSG) mempamerkan ‘watak juara’ ketika bangkit menumpaskan Barcelona 2-1 dalam misi mereka mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara, semalam. Juara bertahan itu bangkit selepas ketinggalan awal dan berdepan pelbagai cabaran untuk meraih kemenangan penting di Stadium Olimpik Montjuic, sekali gus kemenangan ketiga berturut-turut mereka di ibu kota Catalonia. “Ia satu perlawanan yang cemerlang, apabila anda melihat dua pasukan bermain secara bersih, cuba saling menyakiti dengan bermain bola sepak, ia…