BARCELONA: Paris Saint-Germain (PSG) yang dilanda krisis kecederaan bakal turun tempang berdepan Barcelona pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Estadi Olimpic Lluis Companys, awal pagi esok. Skuad kendalian Luis Enrique kehilangan beberapa tonggak utama, antaranya Ousmane Dembele iaitu pemenang Ballon d’Or 2024-25 yang meledak 35 gol musim lalu. Pemain sayap Perancis berusia 28 tahun itu sepatutnya berdepan bekas kelabnya, namun masih belum pulih daripada kecederaan paha yang dialami bersama…