Peralihan NFDP ditangguhkan - Hannah

Peralihan NFDP ditangguhkan – Hannah

Hannah Yeoh (tengah, enam dari kanan) bersama peserta Kem Final Klinik STL 2025 di Akademi Sepaktakraw Malaysia, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Situasi yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ketika ini bakal merencatkan proses ambil alih Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP).

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, sekarang adalah masa yang sangat kritikal untuk badan induk bola sepak negara dan peralihan NFDP perlu ditangguhkan.

“Untuk NFDP, saya telah meminta AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) buat penilaian keberkesanan program NFDP kerana setiap tahun Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan lebih kurang RM20 juta untuk program NFDP.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dan AFC telah memberikan cadangan penambahbaikan dan keberkesanan program NFDP, yang saya lihat penting adalah pembangunan sukan itu mesti wujud dalam tanggungjawab persatuan sukan.

“Jadi, bukan tanggungjawab MSN untuk buat program-program pembangunan, itu adalah tanggungjawab persatuan sukan. Tetapi kalau apa yang kita lihat sekarang dengan FAM, kita kena tunggu.

“Saya telah nyatakan sebelum ini bahawa saya nak berjumpa dengan presiden (FAM) yang baru, bila mereka telah selesai isu kepimpinan. Jadi, sekarang adalah masa yang sangat kritikal untuk FAM dan untuk NFDP kita ‘KIV’ dulu sebelum mengambil langkah seterusnya,” kata Hannah.

Sebelum ini, FAM memaklumkan pihaknya sudah bersedia memacu pelaksanaan program NFD ke peringkat lebih tinggi bagi melahirkan lebih ramai pemain muda berkualiti.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, selaku badan induk bola sepak Malaysia, FAM sewajarnya mengambil alih sepenuhnya NFDP daripada MSN.

Bagaimanapun, FAM ketika ini dikenakan hukuman oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas didapati memalsukan dokumen untuk membolehkan tujuh pemain warisan beraksi untuk skuad kebangsaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini