PETALING JAYA: Aaron Chia-Soh Wooi Yik berpeluang menambah koleksi gelaran keempat musim ini apabila turun beraksi pada Terbuka Hylo bermula hari ini di Saarbrucken, Jerman. Ketiadaan gandingan No.1 dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae yang baru menjuarai Terbuka Perancis minggu lalu, membuka laluan lebih cerah buat juara dunia 2022 itu untuk menamatkan siri kejohanan Eropah dengan kejayaan manis. Undian turut memihak kepada pasangan ranking kedua dunia itu…










