LOS ANGELES: Lionel Messi mahu bermain untuk Argentina dalam Piala Dunia tahun depan, bergantung isyarat tubuhnya sebelum memutuskan sama ada impian itu dapat direalisasikan. Penyerang berusia 38 tahun yang kini bersama Inter Miami dalam liga MLS itu telah membawa Argentina menjuarai Piala Dunia 2022 dan berhasrat untuk kembali ke padang apabila “Albiceleste” mempertahankan kejuaraan tersebut tahun depan di Amerika Utara. Pemenang lapan kali Ballon d’Or itu memberitahu NBC News dalam…










