KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi amaran keras kepada segelintir pengguna media sosial yang bertindak keterlaluan menyerang pemain negara dengan komen berbaur kebencian dan ugutan. Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh menegaskan tindakan melampau itu bukan sahaja tidak beretika, malah boleh menjejaskan mental serta prestasi atlet yang mewakili negara di pentas antarabangsa. “Kita tak boleh biarkan perkara ini begitu saja, sebab itu BAM keluarkan kenyataan keras sebagai peringatan dan…










