PETALING JAYA: Kejohanan Memanah Asia di Dhaka, Bangladesh pada awal November ini bakal menjadi pentas terakhir buat skuad memanah negara menguji kekuatan sebenar menjelang Sukan SEA di Thailand pada Disember ini. Pengurus pasukan, Suhardi Abdullah berkata, kejohanan tersebut akan menjadi medan penilaian penting terhadap kombinasi baharu pasukan, yang menggabungkan atlet senior dan muka baharu dalam usaha membentuk skuad paling mantap menjelang temasya dwitahunan itu. “Kejohanan Asia ni kita jadikan sebagai…