KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih perseorangan wanita yang baharu, Iskandar Zulkarnain Zainuddin bertekad untuk menggilap barisan pemain negara dengan penekanan kepada aspek taktikal, konsistensi dan kualiti latihan. Beliau yang memulakan tugasnya semalam berkata, pendekatan latihan nanti lebih menumpukan kepada intensiti, kelajuan serta penguasaan taktikal dalam gelanggang. Iskandar, 34, menegaskan, beliau lebih mengutamakan kualiti berbanding kuantiti dalam latihan, selain mahu meningkatkan tahap motivasi dan kecergasan fizikal pemain. “Sudah tentu perkara pertama dalam…