Horner bakal sertai Ferrari?

Horner bakal sertai Ferrari?

Christian Horner (kiri) bersama pelumba pasukan Red Bull, Max Verstappen. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Spekulasi mengenai masa depan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Red Bull, Christian Horner kembali hangat diperkatakan apabila terdapat dakwaan dia akan menyertai Ferrari.

Menurut laporan portal Britain, Daily Mail Horner kini sedang dipikat oleh Ferrari dan turut berunding dengan beberapa pasukan lain.

Difahamkan, Presiden Ferrari, John Elkann semakin hilang keyakinan terhadap ketua pasukan semasa, Fred Vasseur.

Meskipun Vasseur baru sahaja menerima lanjutan kontrak pada penghujung Julai, tekanan terhadapnya semakin memuncak selepas prestasi hambar Ferrari musim ini apabila gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 18 perlumbaan pertama.

Horner dikatakan sedang aktif mencari peluang baharu dalam Formula 1 (F1) selepas bersetuju dengan pakej pampasan penamatan perkhidmatan bersama Red Bull yang membolehkan dia kembali ke sukan tersebut pada musim hadapan.

Dia dipecat daripada jawatan CEO dan ketua pasukan Red Bull selepas Grand Prix (GP) Britain pada Julai lalu, menamatkan pengelibatannya selama 20 tahun bersama pasukan yang berpangkalan di Milton Keynes.

Bagaimanapun, Horner masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung spekulasi tersebut. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×