Chelsea tempang berdepan Ajax

Chelsea tempang berdepan Ajax

ENZO Fernandez - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea dihantui masalah kecederaan ketika bersedia menanti kunjungan Ajax dalam saingan Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, awal pagi esok.

Selain berdepan masalah kecederaan, The Blues juga berdepan masalah disiplin selepas ada pemain mereka turut dibuang padang dalam aksi sebelum ini.

Walaupun ramai pemain masih tidak dapat diturunkan, skuad kendalian Enzo Maresca mencatat empat kemenangan dalam lima perlawanan terakhir mereka.

Rekod bersih dalam semua pertandingan termasuk Liga Juara-Juara dan pastinya mahu diteruskan kerana Chelsea melakar permulaan sempurna musim ini.

Enzo Fernandez hampir pasti tidak tersenarai menentang Ajak selepas bintang Argentina itu berdepan kecederaan di bahagian lutut kanan.

“Enzo ada masalah kecil di bahagian lutut, itu bukan masalah buat kami. Setakat ini masih belum boleh pastikan sama ada dia boleh diturunkan menentang Ajax atau tidak,” kata Maresca.

Cole Palmer pula bergelut dengan kecederaan pangkal paha sejak awal musim dan dikeluarkan awal ketika tewas kepada Manchester United bulan lalu dan dia belum bermain sejak itu.

Palmer direhatkan sebelum rehat antarabangsa Oktober, dan Maresca pada awalnya berkata, Palmer boleh kembali segera selepas itu tetapi laporan kemudian menyatakan Palmer dijangka tidak akan kembali hingga November.

Sebelum perlawanan menentang Nottingham Forest dalam aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL), Maresca berkata, Palmer akan tersisih selama enam minggu lagi sekali gus bermakna dia mungkin hanya akan kembali beraksi pada Disember.

Liam Delap, salah seorang pembelian utama Chelsea musim panas lalu di bahagian serangan, menyerlah di Piala Dunia Kelab tetapi hanya sempat membuat tiga penampilan sebelum mengalami kecederaan hamstring dalam kemenangan kontroversi 2-0 ke atas Fulham hujung Ogos.

Sedikit melegakan penyokong Chelsea ialah Tosin Adarabioyo dan Andrey Santos kembali cergas, manakala Reece James dan Joao Pedro juga boleh diturunkan menentang Ajax. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×