OKTOBER 2025 memberi sinar baharu buat rakyat Palestin apabila gencatan senjata diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada tanggal 10 haribulan. Turut diraikan persetujuan untuk pertukaran tahanan, akses bantuan kemanusiaan tanpa halangan ke Gaza serta penempatan semula tentera ke arah pengunduran penuh dari bumi Palestin. Namun begitu, kegembiraan rakyat Palestin meraikan gencatan senjata hanyalah bersifat sementara. Di samping berita duka syahidnya wartawan yang juga pempengaruh terkenal iaitu Saleh Aljafarawi,…










