AMSTERDAM: Belanda mencerahkan peluang untuk mara ke Piala Dunia 2026 selepas membenam Finland 4-0, semalam untuk terus menerajui Kumpulan G dengan 16 mata. Dalam aksi di laman sendiri itu, Memphis Depay turut mengukuhkan statusnya sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Belanda apabila meledak gol ke-54. Donyell Malen membuka tirai jaringan di Johan Cruyff Arena seawal minit kelapan sebelum kapten Virgil van Dijk menambah gol kedua sembilan minit kemudian. Depay kemudian…