MUKADIMAH BELANJAWAN 2026 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperuntukkan RM580 juta bagi pembangunan sukan termasuk pemerkasaan atlet para. Namun, bagi Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin, angka itu bukan soal besar,yang lebih penting ialah hala tuju dan keberkesanan pengagihan dana. Tahun ini, MPM hanya diperuntukkan RM12 juta, namun beliau berpendapat jumlah itu perlu digandakan kepada sekurang-kurangnya RM25 juta bagi memastikan kesinambungan…