KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh menegaskan keputusan menghantar barisan pemain elit ke Sukan SEA Thailand 2025 dibuat atas dasar maruah negara dan bukan semata-mata memburu pingat. Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan panjang bersama semua jurulatih yang berpandangan edisi kali ini merupakan masa paling sesuai untuk menurunkan skuad terkuat negara. “Sukan SEA ini bukan kejohanan biasa, ia membawa maruah negara dan demi Malaysia,…