Piastri lebar kedudukan pendahulu F1

Piastri lebar kedudukan pendahulu F1

Pelumba pasukan McLaren, Oscar Piastri bersama trofi selepas menjuarai perlumbaan Grand Prix Belanda di litar Zandvoort, Belanda, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZANDVOORT: Pelumba McLaren, Oscar Piastri merangkul kemenangan dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Belanda dengan penuh dramatik sambil diekori rapat Max Verstappen di tempat kedua manakala Lando Norris mengalami kerosakan di penghujung perlumbaan.

Itu merupakan kemenangan GP keenam Piastri musim ini dan mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu kejuaraan selepas meninggalkan rakan sepasukannya, Norris 34 mata di tempat kedua.

“Saya rasa saya mengawal perlumbaan ini dan hanya menggunakan kelajuan apabila perlu.

“Kalau kami boleh kekalkan momentum ini, itu memang bagus tapi masih jauh lagi musim ni dan kami akan ambil satu perlumbaan pada satu masa,” katanya.

Perlumbaan bermula dengan penuh debaran apabila Verstappen, yang bermula dari petak ketiga memotong Norris sebelum hilang kawalan seketika terhadap jenteranya.

Namun, kelajuan McLaren yang lebih laju mula menonjol dan Norris memotong Verstappen di bahagian kiri pada pusingan kesembilan untuk mengembalikan kedudukan satu-dua buat pasukan Papaya.

Sementara itu, Norris yang tidak menamatkan perlumbaannya mengakui itu merupakan satu tamparan dalam usahanya untuk memenangi kejuaraan dunia tetapi dia menegaskan akan terus mencuba.

“Ini hanya menjadikan keadaan lebih sukar untuk saya dan meletakkan saya di bawah lebih tekanan tetapi jurangnya kini hampir cukup besar sehingga saya boleh bertenang mengenainya dan fokus untuk mencuba.

“Satu-satunya perkara yang saya boleh lakukan ialah cuba menang setiap perlumbaan. Itu akan menjadi sukar tetapi saya akan pastikan saya berikan segalanya yang mampu,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Keputusan
1. Oscar Piastri (AUS/McLaren) 1jam 38minit 29.849 saat
2. Max Verstappen (NED/Red Bull) 1.271s
3. Isack Hadjar (FRA/Racing Bulls) 3.233s
4. George Russell (GBR/Mercedes) 5.654s
5. Alex Albon (THA/Williams) 6.327s

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×