PENDEKATAN konvensional dalam menangani isu infrastruktur bandar berkepadatan tinggi semakin tidak relevan. Realiti hari ini menunjukkan kegagalan sesuatu sistem memberi kesan berganda merentasi sektor. Namun, pembiayaan penyelesaian jangka panjang masih terlalu bergantung kepada bajet tahunan, geran sekali bayar atau perbelanjaan operasi reaktif. Hakikatnya, risiko iklim dan infrastruktur kritikal menuntut perancangan jauh lebih besar dengan dana mampan. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), khususnya di kawasan maju seperti Lembah Klang, sebenarnya mempunyai asas…