MUKTAMAR Pas melabuhkan tirainya dengan penuh warna dan semangat. Laungan keyakinan, gema takbir, serta sorakan perwakilan mencerminkan tekad parti Islam itu berada di landasan yang betul untuk mengemudi politik tanah air. Perwakilan pulang dengan semangat baharu, membawa resolusi jelas yang parti itu bersiap sedia menghadapi medan besar Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) pada 2027. Pas ditubuhkan secara rasmi pada 1951, hasil cetusan ulama yang berpendapat UMNO tidak cukup menekankan Islam…