Maresca kecewa Chelsea seri saat akhir

Maresca kecewa Chelsea seri saat akhir

Pemain pertahanan Chelsea, Marc Cucurella (kanan) diasak tonggak tengah Brentford, Yehor Yarmolyuk (dua dari kanan) dalam aksi Liga Perdana Inggeris di London yang berakhir seri 2-2. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Impian Chelsea untuk menggenggam tiga mata berkecai di saat akhir selepas Brentford menyamakan kedudukan pada masa kecederaan, sekali gus memaksa perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Pengendali Chelsea, Enzo Maresca mengakui pasukannya terpaksa menelan kekecewaan apabila kemenangan yang sudah hampir digenggam hilang sekelip mata.

“Memang memalukan kerana kami bolos terlalu lewat. Ia sesuatu yang berlaku dalam bola sepak tetapi sepatutnya kami mampu menguruskan detik itu dengan lebih baik.

“Kami cuba untuk menang setiap perlawanan tetapi realitinya kami tidak akan memenangi semua perlawanan.

“Apa yang menyakitkan ialah kami kehilangan dua mata yang sudah hampir dalam genggaman,” kata Maresca.

Kevin Schade terlebih dahulu membuka tirai jaringan buat Brentford pada minit ke-35 sebelum pemain gantian Chelsea, Cole Palmer memimpin kebangkitan The Blues sekembalinya daripada kecederaan untuk menyamakan kedudukan.

Chelsea dilihat berada di landasan tepat untuk meraih tiga mata selepas Moises Caicedo meledak gol kedua pada minit ke-85, namun jaringan dramatik Fabio Carvalho pada minit ke-93 meranapkan harapan The Blues untuk merampas tangga teratas liga.

Dalam aksi di Stadium Gtech itu, Chelsea mendominasi dengan enam percubaan tepat dengan lima daripadanya pada babak kedua berbanding empat percubaan tuan rumah, namun kelekaan benteng pertahanan di penghujung permainan memakan diri. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN