KOS hidup yang meningkat lebih pantas daripada gaji pekerja kini menjadi keluhan harian rakyat Malaysia. Sama ada di kedai kopi, pejabat atau media sosial, rungutan sama kedengaran, harga barang naik tetapi pendapatan tidak seiring. Realiti ini bukan sekadar keluhan tetapi cabaran besar yang sedang menguji daya tahan ekonomi negara. Dengan pembentangan Belanjawan 2026 yang semakin hampir, rakyat menaruh harapan besar kerajaan tampil dengan pelan menyeluruh untuk menangani masalah struktural ini.…