LIVERPOOL: Kapten Liverpool, Virgil van Dijk mengakui semangat juang tinggi rakan sepasukan membolehkan The Reds mencatat kemenangan 3-2 ke atas Atletico Madrid pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Anfield, semalam. Jelas Van Dijk, dia bertuah kerana berjaya membantu pasukan menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan. “Ia satu lagi malam Eropah yang hebat di sini (Anfield). Hari ini saya juga bertuah kerana dapat menjaringkan gol kemenangan,” kata…










