MANCHESTER: Erling Haaland terus mencipta sejarah apabila memecah rekod baharu jaringan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) ketika membantu Manchester City menewaskan Napoli 2-0 pada aksi pembukaan kejohanan itu, semalam. Berdasarkan prestasi semasa Haaland, pengendali Man City, Pep Guardiola optimis penyerang Norway itu berpotensi menyaingi Cristiano Ronaldo sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman. Haaland, 25, muncul pemain terpantas mencatat 50 gol dalam saingan elit Eropah, dengan hanya melakukan 49 penampilan untuk mencapai angka…