MANCHESTER, England: Pep Guardiola memuji persembahan cemerlang Manchester City ketika menewaskan Manchester United 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad, dan menyifatkan Erling Haaland sebagai pemain istimewa selepas meledak dua gol. Haaland, yang kini mengumpul enam gol bersama kelab dan tujuh gol dengan negaranya dalam tempoh seminggu menjadi watak utama kemenangan City pada aksi derbi Manchester kali ke-197. Dua jaringannya pada separuh masa kedua memastikan perlawanan seperti…