LONDON: Aksi longlai barisan pemain Manchester City ketika tumbang 1-2 kepada Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) mengundang kemarahan Pep Guardiola. Biarpun mendahuli menerusi Erling Haaland, City goyah pada babak kedua yang menyaksikan Brighton bangkit menerusi gol penalti James Milner dan jaringan menarik Brajan Gruda. “Kami bolos dan selepas itu momentum berubah. Sebelum itu, kami bermain dengan baik, mencipta peluang dan pasukan kelihatan agresif serta dinamik. “Kami bermain baik…