LONDON: Penjaga gol baharu Manchester City, Gianluigi Donnarumma bersedia membuktikan kemampuannya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG). Donnarumma menyertai skuad City buat kali pertama semalam selepas perpindahannya bernilai 30 juta pound (RM171 juta) ke kelab EPL itu pada hari terakhir jendela perpindahan. Pemain berusia 26 tahun itu, telah memenangi Liga Juara-Juara dan kejuaraan liga Perancis keempat musim lalu, namun pengurus PSG, Luis Enrique secara mengejut berkata…










