UNTUK sekian kalinya, bahasa Melayu sebagai bahasa negara sering hanya dikaitkan dengan fungsinya sebagai alat perpaduan. Sehubungan itu, kelihatan seolah-olah peranan bahasa Melayu kini semakin dikhususkan, malah dihadkan hanya kepada tujuan penyatuan semata-mata. Sedangkan, sebagai bahasa kebangsaan, kedudukannya bukan sahaja wajar diiktiraf dengan tegas tetapi juga perlu terus digembleng agar benar-benar memainkan peranan dalam memperkukuh perpaduan negara, baik dari segi mempererat hubungan etnik mahupun mengukuhkan integrasi nasional antara wilayah. Sebetulnya,…