UPETALING JAYA: Pemain naturalisasi negara, Sergio Aguero teruja kembali mendapat panggilan untuk membarisi skuad Harimau Malaya dalam aksi persahabatan menentang Singapura dan Palestin. Jentera tengah Kanchanaburi Power di Liga Thailand itu berkata, pemilihannya kali ini juga adalah satu penghormatan kerana saingan bagi mendapatkan tempat dalam skuad kebangsaan sangat sukar ketika ini. Katanya, beliau tidak mahu melepaskan peluang dan akan berjuang untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan Peter Cklamovski selepas Malaysia kini…