KUALA NERUS: Kemenangan besar ke atas Brunei tidak membuatkan Terengganu FC (TFC) berasa selesa, sebaliknya mahu lebih berhati-hati menjelang aksi getir menentang Selangor FC dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini. Ketua jurulatih TFC, Badrul Afzan Razali menyifatkan kemenangan ke atas Brunei menjadi tonik terbaik buat skuad Penyu, namun menegaskan fokus penuh kini terarah kepada misi membawa pulang mata berharga daripada gelanggang lawan. “Alhamdulillah,…