KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) enggan pulang dengan tangan kosong berdepan Brunei DPMM FC dalam aksi Liga Super di Stadium Nasional Hassanal Bolkiah, malam ini dengan rombakan dijangka dilakukan dalam kesebelasan utamanya. Jurulatihnya, Badrul Afzan Razali berkata, perubahan itu perlu bagi memperkemas beberapa posisi yang dilihat kurang berfungsi dalam aksi sebelum ini. Katanya, jadual padat dengan perlawanan berturut-turut di tempat lawan turut memberi kesan terhadap tahap kecergasan pemain namun enggan…