PETALING JAYA: Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky percaya beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kini sudah meninggalkan zaman ‘budak-budak’ menjelang Kejohanan Badmintin Dunia di Paris, hari ini. Rexy menegaskan, gandingan No. 4 dunia itu sudah menunjukkan kematangan dalam mengawal corak permainan dan semakin profesional berdepan situasi sukar di gelanggang. Menurut Rexy, ketua jurulatih beregu campuran negara Nova Widianto turut memainkan peranan besar dalam…